KRITIKAN KARYA
Khmeropedies I
& II – Emmanuele Phuon – Amrita Perfoming Arts.
Di dalam dunia kontemporari di Cambodia telah bermula
sejak awal 2003. Khmeropedies merupakan salah satu karya kontemporari yang
dicipta oleh seorang koreografer Emmanuele Phoun pada ketika itu dan
dikendalikan oleh Amrita Performing Arts.
Pada permulaan dan awal persembahan Khmeropedies I, terdapat seramai 9
orang penari berbaju putih yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan seorang
perempuan berjalan memasuki ke ruang pentas. Kesemua penari berjalan sambil
tangan kanannya diangkat di hadapan dada dan tangan kiri berada disisi pinggang
kiri. Kesemua penari tersebut berada di ruang pentas sambil berjalan dan bersilangan antara sama lain. Adakalanya
di antara mereka telah melakukan satu bentuk gaya seperti seekor monyet dan
kembali semua berjalan seperti biasa. Tafsiran yang dapat saya terjemahkan di
sini adalah sekumpulan atau golongan manusia dan seekor monyet yang menjalani
kehidupan di dalam dunia ini. Apa yang dapat saya kaitkan di antara
penari-penari di dalam persembahan ini
dengan sejarah persembahan di Cambodia adalah sebuah kisah epik India yang
berkaitan dengan Ramayana pada zaman dahulu. Cerita diperolehi daripada kisah
penculikan Sita Dewi oleh Ravana yang telah diselamatkan oleh Hanuman. Maka di
dalam persembahan dan karya yang ditonjolkan oleh koreografer Emmanuele Phuon
adalah berkaitan dengan kisah epik India dengan element gerakan yang bersifat
pergerakan monyet dan manusia.
Pada fasa ke-2 di dalam karya ini, penari telah
berkumpul di ruang kiri pentas dan membentuk longgokan yang rapat dengan aras
yang berbeza. Longgokan di ruang kiri pentas dapat di gambarkan sebagai sebuah
gunung kerana ada beberapa penari telah berada di atas longgokan yang bina.
Terdapat juga pergerakan yang seumpana mendaki gunung dan mencari sesuatu di
puncak gunung oleh penari dengan pergerakan seekor monyet. Apa yang dapat dilihat pada ketika
itu adalah perwatakan seorang perempuan dan pergerakan seekor monyet yang
berada di atas longgokan tersebut. Pada tafsiran yang saya dapat terjemahkan di
sini adalah berkaitan dengan kisah Ramayana, yang mana pergerakan seekor moyet
tersebut adalah Hanuman dan perwatakan seorang peremuan tersebut ialah Sita
Dewi. Ini boleh dikaitkan dengan kisah pencarian Sita Dewi oleh Hanuman yang
mana Sita Dewi di dalam kesediahan.
Pada fasa terakhir di dalam karya Khmeropedies I,
hanya 3 orang penari sahaja yang berada di ruang pentas meneruskan gerakan. Di
ruang kiri pentas, penari telah melakukan pergerakan solo dengan bentuk gaya
seekor monyet seperti cara berjalan, cara duduk, cara mengaru badan dan
sebagainya. Sementara dua orang penari
berada di ruang kanan pentas telah melakukan pergerakan secara duet atau berpasangan.
Pergerakan yang dilakukan di antara mereka itu seperti pasangan seorang
kekasih. Apa yang dapat dilihat pada ketika itu, pergerakan yang dilakukan oleh
mereka seperti pergerakan imbangan badan antara pasangan dan menggunakan bentuk
gaya tarian klasik Cambodia. Pada tanggapan dan tafsiran saya tentang
pergerakan di antara solo dan duet ini juga mempunyai kaitan dengan kisah
Ramayana. Yang mana pergerakan solo berkaitan dengan Hanuman dan pergerakan
duet tersebut berkaitan dengan Ramayana dan Sita Dewi. Secara keseluruhan yang
saya dapati di dalam karya Khmeropedies I ini adalah Emmanuele Phuon ingin mencuba
untuk melakukan perubahan di dalam tarian klasik Cambodia kepada kontemporari
di Cambodia. Emmanuele berkarya dengan menonjolkan kisah yang berkaitan dengan
kisah epik India iaitu Ramayana dengan mengekalkan cirri-ciri tradisi tarian
klasik Cambodia.
Khmeropedies II pula merupakan rentetan karya Emmanuele Phuon
daripada Khmeropedeis I. Pada permulaan persembahan, di ruang pentas telah
dihidangkan dengan beberapa tayangan gambar seperti gambar bentuk gaya seorang
penari perempuan Cambodia dan juga gambar seorang lelaki. Setelah tayangan
gambar selesai, ruang pentas telah dihadiri oleh seorang peremuan berbaju hitam
dan berseluar ungu berdiri di tengah ruang pentas dengan cahaya lampu yang
sedikit suram. Penari tersebut telah memulakan gerakannya yang perlahan
sifatnya. Gerakan yang dilakukan itu sangat menarik dengan gaya yang unik.
Selain itu, gerakan yang dilafazkan dengan tubuh badannya seperti sedang beremosi.
Pada penilaian saya, perempuan berbaju hitan dan berseluar ungu itu adalah
seseorang yang melakuakn gerakan rutin sebagai seorang penari klasik Cambodia.
Selain itu, perempuan tersebuat adakalanya berasa sedih di dalam gerakan yang
dilakukan. Berkemungkinan, penari tersebut berasa dan bertanya pada dirinya
sendiri, apakah yang akan terjadi kepada tarian klasik Cambodia pada masa akan
datang.
Pada fasa ke-2 persembahan Khmeropedies II,
terdapat seramai 3 orang berbaju hitam telah memasuki ruang pentas yang terdiri
daripada seorang lelaki berseluar oren dan dua orang perempuan masing berseluar
kuning dan merah. Kesemua penari bersama penari berseluar ungu duduk di
tengah-tengah ruang pentas sambil membuat gerakan seperti sesi latihan dan
pemanasan badan. Pada ketika ini, penilaian saya yang dapat saya tafsirkan
adalah seorang guru tari bersama tiga orang pelajar atau anak murid di dalam
satu situasi latihan tarian di Cambodia. Penari berseluar ungu itu adalah seorang
guru tari yang sedang membetulkan gerakan tangan dan tubuh badan kepada anak
muridnya di dalam sesi pemanasan badan berbentuk teknik klasik.
Kemudian, kesemua penari bangun daripada tempat
duduknya dan berjalan ke arah masing-masing. Penari lelaki berseluar oren telah
menuju ke arah kiri atas ruang pentas dan manakala tiga orang perempuan ke arah
kanan hujung pentas. Masing-masing melakukan gerakan mengikut kumpulan sendiri
seperti tiga orang penari perempuan sedang melakukan gerakan dalam tarian kalsik dan lelaki berseluar oren telah melakukan
gerakan seperti gerakan perlakuan seekor monyet. Setelah beberapa minit
perjalanan pergerakan masing-masing di antara mereka, terdapat paparan sarikata
terjemahan bahasa Inggeris yang dilafazkan dialog oleh penari lelaki berseluar
oren. Yang mengatakan menari tarian monyet di Cambodia sangat memenatkan.
Sedangkan tarian klasik yang ditarikan oleh penari-penari perempuan begitu
lemah lembut bentuknya, walaupun tarian lelaki di dalam tarian klasik Cambodia
ditarikan oleh perempuan.
Di dalam gerakan yang dilakukan oleh penari lelaki
berseluar oren dapat dilihat seperti pergerakan perlakuan seekor monyet.
Gerakan yang dilakuan seperti cara berjalan, cara duduk, cara menggaru tubuhnya
dan sebagainya. Bagi penari perempuan telah melakukan gerakan secara berpasangan seperti lelaki dan
perempuan dalam bentuk tarian klasik dan adakalanya gerakan dilakukan dalam
gerakan yang luar biasa yang dilakukan oleh mereka seperti gerakan berbentuk
teknik barat. Kemudian di antara mereka telah bergabung dalam melakukan gerakan
secara trio. Mereka telah melakukan gerakan gabungan antara gerakan perlakuan
seekor monyet dan tarian klasik secara berulangan. Pada tafsiran saya,
pergerakkan di antara mereka merupakan sebuah perjalanan tarian-tarian di
Cambodia yang rutin dilakukan. Tarian-tarian yang rutin dilakuakn seperti
penari lelaki hanya menari tarian berbentuk tarian monyet sahaja dan penari
perempuan dengan tarian klasiknya.
Pada fasa ke-3, penari perempuan berseluar kuning
telah melakukan beberapa gerakan solo yang mana gerakan tersebut adakalanya
bersifat perlahan dan pantas. Muzik yang mengiringi penari tersebut merupakan
bunyian kod-kod piano yang sederhana temponya. Gerakan yang dilakukan seperti
gerakan tarian klasik yang berubah bentuk gayanya kepada gerakan kontemporari.
Gerakan tersebut sangat berbeza dinamiknya yang biasa dilakukan oleh seorang
penari Cambodia. Pada penilaian saya, penari berseluar kuning tersebut telah
mencuba untuk melakukan gerakan kontemporari daripada tarian klasik. Ini kerana
gerakanya sangat berbeza daripada gerakan bersifat perlahan dan lemah lembut
bertukar kepada gerakan yang dinamik
tempo pergerakannya.
Setelah selesai, pergerakan yang dilakuakn oleh
penari perempuan berseluar kuning, muncul pula penari perempuan berseluar merah
melakukan pergerakan secara solo. Gerakan yang dilakukan olehnya seperti
gerakan yang agak kekok bentuk gerakan bukan gerakan biasa yang dilakukan.
Tempo gerakannya begitu pantas dan tidak mempunyai hala tuju atau arah gerakannya.
Penari tersebut telah melakukan gerakan mundar-mandir tujunya. Tidak kelihatan
langsung bentuk gerakan tarian klasik mahupun gerakan tari barat. Pada
penilaian saya bahawa penari perempuan berseluar merah seperti tidak dapat
membuat pilihan gerakan apa yang perlu dilakukan sama ada gerakan tari klasik
mahupun kontemporari. Di dalam minda atau fikirannya, adakah dia perlu membuat
pilihan tarian klasik ataupun tarian kontemporari untuk dirinya sendiri.
Pada fasa ke-4, kelihatan penari perempuan berseluar
ungu memasuki ruang pentas dang menghalang gerakan yang dilakukan oleh penari perempuan
berseluar merah. Penari perempuan berseluar ungu terus meneruskan dengan
gerakan tarian klasiknya dan kemudiannya di antara penari perempuan berseluar
kuning dan merah menuruti dan mengikutnya apa yang dilakukan. Sementara itu,
penari lelaki berseluar oren memasuki ruang pentas dan duduk di hadapan
bersama-sama penari perempuan yang lain. Gerakan yang dilakukan seperti
gerakan yang sama seperti di dalam fasa
ke-2 persembahan. Penari perempuan beseluar ungu masih mengekalkan gerakan
tarian klasiknya dan yang melakukan gerakan seperti sesi latihan yang
digabungkan dengan gerakan bentuk tari barat dan klasik. Adakalanya 3 penari
tersebut melakukankan gerakan kepada kontemporari dalam masa yang sama dengan
penari perempuan berseluar ungu. Pada penilaian saya pada fasa ke-4 persembahan
ini adalah seorang guru tidak mengemari dan menyukai penari atau anak muridnya
melakukan gerakan tarian berbentuk barat. Gurunya merasakan tarian klasik perlu
diteruskan untuk generasi lain dan merupakan tanggungjawabnya untuk mendidik
kepada generasi sekarang.
Pada fasa
ke-5 persembahan Khmeropedies II ini, penari perempuan berseluar telah
melakukan gerakan secara solo dengan berlatarkan cahaya lampu yang suram.
Penari tersebut telah melakukan gerakan dan ekspresi tubuh badan yang sedih.
Gerakan yang dilakukan kepada tubuh badannya dibahagian atas badan dari pusat
hingga ke kepala seperti gerakan tarian klasik. Gerakan bahagian atas badan
masih mengekalkan bentuk gerakan tarian klasik Cambodia. Di bahagian bawah
tubuh badan dari pusat hingga hujung kaki seperti gerakan tarian berbentuk
tarian barat atau ballet. Gerakan bahagian kakinya kelihatan gerakan seperti
bentuk tari di dalam tarian ballet. Ini kerana penari telah menggunakan
kedua-dua hujung jari kaki seolah-olah menjengket kakinya di dalam posisi
berdiri lurus. Pada tafsiran saya, guru
tersebut seperti kelihatan sedih dengan keadaan dan situasi dimana , apa yang
harus dilakukan di dalam bentuk tarian di Cambodia. Oleh kerana itu, guru
tersebut merasakan apa yang perlu untuk meneruskan perjuangannya dalam tarian
di Cambodia sama ada klasik mahupun kontemporari. Penerimaanya di dalam
kontempoari sebagai batu loncatan kepada perubahan tarian klasik tidak di tolak
sepenuhnya.
Pada fasa terakhir di dalam persembahan
Khmeropedies II, sekumpulan penari seramai 9 orang telah memasuki ruang pentas
bersama dua orang penyanyi hip hop Cambodia. Penyanyi tersebut telah menyanyi
dalam bahasa Cambodia yang tidak difahami oleh saya sendiri untuk memahami
bait-bait perkataan yang dilafazkan oleh penyanyi tersebut. Sementara kesemua
penari melakukan gerakan seperti gerakan berbentuk tarian barat dan adakalanya
berbentuk tarian klasik. Pada penilaian saya di dalam fasa terakhir persembahan
ini adalah golongan generasi muda di Cambodia yang mengemari tarian yang
berbentuk barat bukan lagi berbentuk klasik. Oleh kerana di Cambodia telah
dipengaruhi oleh budaya luar dari segi lagu, tarian dan lain-lain untuk
generasi muda pada masa kini. Di dalam situasi ini, adakah generasi muda di
Cambodia menolak sepenuhnya tentang budaya atau tarian klasik. Penerimaan
mereka di dalam tarian teknik barat atau ballet memberi persoalaan kepada generasi muda di Cambodia. Selain itu,
memberikan implikasi tentang kerisauan tentang tarian klasik di Cambodia terhadap
perubahan sepenuhnya tarian klasik kepada tarian berbentuk kontemporari pada
masa akan datang. Ini bergantung kepada generasi muda di Cambodia untuk
meneruskan dan membawa warisan Cambodia ke masa hadapan.
No comments:
Post a Comment